https://chat.whatsapp.com/KIFHruEFExrLtJMP6s0Ajn

In shaa Allah.
Bolehkah anda menambah tandatangan anda melalui petisyen ini❓
HENTIKAN PINDAAN IHR SEGERA‼️
Cabaran Pindaan kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 Memberi Impak kepada seluruh rakyat Malaysia‼️
Can you add your signature❓
STOP IHR AMENDMENTS‼️
Challenge Amendments to International Health Regulations 2005 Impacting Malaysia‼️
Jln Mengenal ALLAH SWT mengikut FIRKOH AHLI SUNNAH WALJAMAAH.
☑️Salah faham mereka yg mengikut kefahaman aliran wahabi ini yg sering mendakwa Manhaj AlSyairoh dan Matrudiah dari formulasi ilmu hukum akal ini disamakan dgn puak Muktazilah atau ilmu falsafah Greek Yunani, secara ringkasnya utk difahami kpd mereka2 ini yg disebut “Ilmu Hukum Akal” ini adalah satu ilmu usul akidah yg diambil dari SUMBER ALQURAAN, disana dia dibicarakan dari sudut “RUANG AKAL” ada dalil naqlinya(Dalil2 AlQuraan) dan dibawa/diterjemahkan kpd kefahamannya secara dalil aklinya (Dalil Akal), diqawaidkan(asas yg dibina) hingga hujjah tersebut bagaikan satu simpulan yg terus kukuh sukar utk diurai/disangkal menepati kehendak peganganTauhid sebenar, kaedah dlm mengenal ALLAH SWT ini juga disebut sebagai “MANHAJ USULUDDIN”
☑️Kerana ada satu lagi kaedah mengenal akan ALLAH SWT dgn tidak lagi dlm ruang bicara akal, tetapi dia diperolehi dgn jln MUJJAHADAH dgn di pimpin oleh GURU MURSYID/MURRABI yg bersanad dlm satu DISIPLIN ILMU bagi mencapai MAKRIFAT kpd ALLAH secara Tarbiah Walirsyad, Disana murid ditarbiah secara Tazakkur, Tadabbur, Taffakur akan ayat2 Allah dilalui proses demi proses jln mujjahadah dipimpin Mursyid secara Tazkiahtun Nafs hingga murid akan dibuka oleh ALLAH SWT pengenalan akan diri, dpt mengenal atas kejadian Alam serta mahluk ciptaannya, dpt mengenal ALLAH SWT dgn segala sifat keindahannya, kebesarannya dan kesempurnaannya dgn sebenar2 pengenalan yg sampai dpt dirasai ketahap IlMU YAQIN, AINUL YAQIN dan HAQUL YAQIN proses disiplin ilmu inilah dinamakan sebagai MANHAJ TASAWUF/MANHAJ SUFI (TAUHID SUFI).
☑️Maka dgn Kedua MANHAJ USULUDDIN (Mengenal secara Ilmu Hukum Akal) dan MANHAJ TASAWUF /TAUHID SUFI (Mengenal dgn Jln Yg tempuhi secara tarbiah Walirsyad beramal dgn pimpinan guru) inilah kaedah jln sebenar dlm mencapai Makrifat dan kesucian Tauhid yg kukuh dlm pegangan AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
☑️Kedua2 Manhaj atau jln kesempurnaan tersebut yg telah pun dilalui oleh ulamak2 Salaf dan Khalaf yg terdahulu spt Al Imam Junaid AlBagdadi, Hujjatul Islam Al Imam Ghazali yg kitab2 nya telah menjadi rujukkan.
✳️Waullahuallam.

*JANGAN SAMPAI DISEPANJANG HIDUP INI, KITA TIDAK PERNAH WALAU SEORANG PUN ORANG BUKAN ISLAM, YG PERNAH KITA SAMPAIKAN DAKWAH.*
Kita sengaja abaikan tanggungjawab untuk menjelaskan Islam kepada orang bukan Islam. Ini bermakna Islam hanya berlegar dikalangan muslim sahaja. Kita berkawan rapat, berjiran dengan orang bukan Islam tetapi tidak pernah mengajak dan menyampaikan Islam kepada mereka. Kita seolah-olah seperti sengaja membiarkan mereka menjadi penghuni neraka. Di akhirat nanti kita akan dipersoalkan dihadapan Allah kerana membiarkannya begitu sahaja dengan menganggap mereka telah tahu tentang agama Islam. Ramai masyarakat bukan Islam ingin mengenali agama Islam sebenarnya.
Allah Berfirman maksudnya:
“Kadang-kadang orang kafir itu menginginkan seandainya mereka dulu menjadi orang muslim”(Al-Hijr:2)
Kita beruntung dari lahir sudah dalam keadaan Islam, kerana terlahir dari keluarga muslim, dibesarkan dalam lingkungan Islam. Allah memilih kita lahir didalam keluarga Islam. Nikmat dari Allah ini bukan untuk kita nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kita sahaja. Islam yg Allah kurnia pada kita adalah supaya dapat mengajak manusia, dapat mendekatkan lagi manusia kepada Islam.
Bagaimanakah dengan mereka yang sejak lahir sudah berada dalam agama bukan Islam? Kita yang dilahirkan dalam Islam sepatutnya menyampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam tetapi kita begitu sibuk untuk memperbaiki amalan diri sendiri sehingga lupa pada tanggungjawab kita. Semoga Allah mengampuni diri kita yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai seorang Islam.
*KEWAJIPAN BERDAKWAH SAMPAIKAN RISALAH ISLAM.*
Allah Berfirman maksudnya:
“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu. Jika engkau tidak lakukan (apa yang diperintahkan itu) bererti engkau tidak menyampaikan amanah Nya.” (Al-Ma’idah: 67)
Allah Berfirman maksudnya:
“Maka berilah peringatan kerana sesungguhnya kamu rasul pemberi peringatan, kamu bukanlah orang yang berkuasa atas mereka (untuk terima ajaran islam) yang kamu sampaikan” (Al-Gasyiyah: 21-22)
*RASULULLAH PERINTAHKAN: SAMPAIKAN DAKWAH ISLAMIYAH.*
Khutbah terakhir, Rasulullah bertanya pada para Sahabat: “Adakah aku telah sampaikan pesanan Islam?”
Para Sahabat serentak menjawab:
Ya Rasulullah,Kamu telah sampaikan!
Rasulullah lalu perintahkan mereka:
“Sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir.”
Para Para Sahabat faham perintah Rasulullah lalu keluar dari Negera Arab sampaikan dakwah Islamiyah. Marilah kita laksanakan tanggung jawab yang diamanahkan Allah, untuk menyampaikan dakwah kepada orang orang bukan Islam. Jangan beri alasan tunggulah hingga kita pandai kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan cukup pandai sekiranya kita tidak cuba dari sekarang. Janganlah kita tunggu bila ada orang bertanya, baru nak cerita tentang Islam.
*ALLAH RINTAHKAN AGAR BENTUK KUMPULAN DAKWAH.*
Allah Berfirman:
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ اُمَّةٌ يَّدْعُوْنَ اِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” (Ali-Imran: 104)
Allah memerintahkan kepada umat Islam agar di antara mereka ada segolongan (sekumpulan) orang yang bergerak dalam bidang dakwah iaitu mengajak dan menyuruh manusia untuk melakukan kebaikan dan mencegah dari yang mungkar. Umat Islam dikehendaki membentuk satu kumpulan agar mudah untuk melaksanakan dakwah sesuai dengan kemampuan masing². Kerja dakwah ini disarankan melalui kumpulan terutamanya jika sukar dilakukan secara persendirian.
Janganlah sampai sepanjang hidup ini, kita tidak pernah walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kita sampaikan dakwah.
